Monday, November 10, 2008

ECM Libra – Versi BM

Tuduhan 1:

Penggabungan ECM Libra dan Avenue Capital Berhad selepas KJ mempunyai pegangan saham di ECM Libra.

ECM Libra telah sejak sekian lama membuat beberapa opsyen penggabungan sebelum saya membuat keputusan bagi membeli saham syarikat berkenaan selaras dengan pilihan yang diberikan kepada saya selaku eksekutif syarikat tersebut. Ianya selari dengan dengan matlamat pihak Kerajaan bagi penggabungan beberapa syarikat kewangan bagi menjadikan ia "universal broker" dan akhirnya menjadi Bank Perlaburan. Apa yang saya tahu ECM Libra dan Avenue Capital Berhad (Avenue) telah membuat rundingan mengenai penggabungan sebelum saya menjadi pemegang saham syarikat berkenaan pada masa itu. Saya ingin tegaskan yang saya tidak terlibat langsung dalam rundingan ini.

Pengabungan sesebuah syarikat mermerlukan persetujuan pihak pemegang-pemegang saham. Dalam konteks ini, pihak Kerajaan, melalui Kementerian Kewangan dan Bank Simpanan Nasional, mempunyai 29.5% saham Avenue dan tidak mempunyai pegangan saham yang mencukupi bagi merealisasikan transaksi penggabungan ini tanpa persetujuan pemegang-pemegang saham yang lain. Jadi Pada 18 Mei 2006, Avenue telah membuat mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi mendapatkan persetujuan tersebut.

Sekiranya ianya merupakan sesuatu yang dirancang oleh pihak Kerajaan dan bukan satu tindakan yang bijak atau menguntungkan semua pihak, sudah pasti pemegang saham minoriti yang meliputi syarikat perlaburan antarabangsa tidak akan memberikan persetujuan mereka. Namun, EGM tersebut telah mendapat persetujuan jitu dari semua pihak.

Tuduhan 2:

Anda mengatakan bahawa RM 13 million yang digunakan bagi pembelian saham ECM Libra adalah dipinjam. Soalan: Siapa yang memberikan pinjaman kepada anda? Apakah kriteria yang perlu dipenuhi bagi mendapat pinjaman tersebut? Umum tahu bahawa anda tidak berkerja dan sekarang pun anda tidak mempunyai perkerjaan. Jadi siapakah memberi pinjaman RM 13 juta kepada penganggur? Secara jujurnya siapakah yang meminjamkan RM 13 juta itu kepada seorang penganggur dan apakah terma-termanya. Anda mungkin akan menggunakan aspek teknikal dan tidak akan menjawab soalan tersebut. Penafian tidak cukup, sila gunakan fakta. Sumber saya ada mengatakan bahawa RM13 juta datang dari urusniaga yang mencurigakan, seperti komisen daripada penjualan sebahagian asset-aset Kerajaan kepada Singapura. Betul ke?

Saya sudah berkali-kali memberikan penjelasan mengenai isu ini tetapi mungkin saudara tidak membaca penjelasan saya (Contoh: The Edge, 16 JANUARI, 2006) atau memilih untuk tidak menerima penjelasan berkenaan. Biar saya terangkan kembali. Pertama, saya perbetulkan beberapa fakta saudara. Saham ECM Libra yang dibeli bernilai RM9.2 juta – pada harga pasaran ketika itu 17 sen sesaham – dan bukannya RM 13 juta.

Jadi, pinjaman yang saya perolehi adalah sebanyak RM9.2 juta dan bukannya RM 13 juta. Pada masa itu saya merupakan Pengarah bagi Jabatan Penasihat Korporat di ECM Libra jadi saya tidaklah menganggur. Fakta-fakta ini boleh diperolehi oleh sesiapa sahaja. Apa yang menghairankan saya mengapa seseorang itu membuat tuduhan yang berat terhadap saya tanpa bukti yang sebenar. Ini sahaja menggambarkan bahawa kajian dan fakta anda adalah tidak tepat dan betul. Ia juga menampak bahawa anda merupakan seseorang yang terus percaya khabar angin dan tuduhan-tuduhan melulu dan anda tidak cuba membuat kajian sendiri dan mendalam.

Malah bukan saya sahaja menerima tawaran pinjanam tersebut tetapi eksekutif kanan syarikat yang lain untuk bersama-sama maju dengan syarikat. Saham-sama ini ditawarkan melalui pilihan untuk membeli oleh rakan kongsi asal syarikat berkenaan iaitu Lim Kian Onn, Dato' Seri Kalimullah Hassan and David Chua. Mereka juga menawarkan pembiayaan kepada eksekutif kanan ECM Libra bagi pembelian tersebut. Dengan kata lain, pinjaman saya untuk membeli saham ECM Libra adalah dari rakan kongsi syarikat berkenaan. Saya juga telah mencagarkan saham-saham yang telah saya beli sebagai cagaran bagi mendapatkan pinjaman.

Segala urusan jual-beli berkenaan telah disahkan oleh pihak guaman dan dokumen perjanjian juga telah dimatikan stemnya ke atasnya. Dengan pembelian berkenaan maka saya memegang 3% kepentingan di ECM Libra. Pihak berkuasa hanya memperuntukkan supaya pemegang saham yang memegang lebih daripada 5% saham syarikat dimaklumkan kepada umum. Tetapi, saya memilih untuk mengumumkan pembelian saya melalui pengumuman kepada Bursa Malaysia walaupun pegangan saham saya kurang dari 5% kerana saya inginkan ketelusan dalam keputusan yang saya ambil. Saya boleh memilih agar tidak memaklumkan pembelian saham ini tetapi saya memilih mengumumkannya.

Saya telah menjual kesemua saham ECM Libra pada 11 Ogos 2006 pada harga 65 sen sesaham dan menyebabkan kerugian sebanyak 6 sen sesaham.

Sumber : REMBAU.NET